MENGUCAP "ALLAHU AKBAR" SEBAGAI TANDA SEDANG MEMBESARKAN ALLAH
2.Surah Al-Baqarah ayat 200
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikit pun kebaikan di akhirat.
SURAH AL-HAJJ AYAT KE 36 & 37
CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK BERTAKWA KEPADA ALLAH
4.Surah An-Nisā' Ayat 1
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
4.Surah An-Nisā' Ayat 2
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
"bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya"
22.Surah Al-Ĥaj ayat 34
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -
22.Surah Al-Ĥaj ayat 35
Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.
CARA UNTUK MENYEBUT NAMA ALLAH BOLEH DILAKUKAN SEPERTI MANA FIRMAN ALLAH
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Surah Al-'A`rāf ayat 205
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
Bagaimana hendak menyebut nama tuhanmu dengan lisan lidah boleh dilakukan mengikut seperti mana firman Allah pada
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Yang cara untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati boleh dilakukan yang diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Tongkat kan lidahmu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya
Ini apa yang Allah perintahkan yang tersirat di dalamnya penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, asma' dan perbuatan Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah..
Dengan melakukan apa yang tersurat dan yang tersirat seperti di dalam firman Allah dan sabda Rasulullah saw seperti di atas, Telah meletakkan seseorang sedang berada di dalam keadaan sedang menunaikan "AKU BERSAKSI TIADA YANG LAIN YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH, HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT YANG WAJIB BAGINYA"
Iaitu
ASHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH
SESIAPA YANG TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH SEPERTI DIDALAM FIRMANNYA
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Surah Al-'A`rāf ayat 205
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
Bagaimana hendak menyebut nama tuhanmu dengan lisan lidah boleh dilakukan mengikut seperti mana firman Allah pada
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Yang cara untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati boleh dilakukan yang diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Tongkat kan lidahmu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya
APABILA TUMPU DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN DENGAN MENYEBUT ALLAH TELAH BERLAKU DIDALAM ATAU PADA SATU MASA YANG SAMA, DISINILAH TEMPAT BERLAKUNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH SETERUSNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH DAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH YANG MENGENAL ALLAH.
Bukan sekadar diucapkan tetapi sedang mengalami keadaan tersebut...
BERMAKNA
TELAH DAN SEDANG BERADA SEPERTI DIDALAM SABDA NABI MUHAMMAD SAW
Berkata Ali RA.. Rasulullah bersabda... Allah berfirman.... Sesungguh AKULAH ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU...Barangsiapa BERTAUHID kepada-Ku nescaya masuklah ia ke dalam benteng-Ku,,,Dan barangsiapa yang masuk bentengKu..nescaya terselamatlah dia dari Siksa-Ku...(H R . Syirazi)
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk istiqomah mengamalkan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw, yang apabila dilakukan menjadi sebagai tanda sedang berzikir “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar” dalam kehidupan seharian kita. Insyaallah yang telah dilakukan sendiri mengikut seperti mana yang dikehendaki oleh Allah..
Bukan sekadar mengulang cakap atau menyebut-nyebut akan zikir "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar” tetapi mengamalkan apa yang telah Allah firmankan dan Rasulullah saw sabdakan sehingga berlakunya keadaan "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar” di dalam kehidupan seharian.
Keadaan "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar” tidak akan dialami sendiri oleh seseorang jika sekadar seseorang itu mengulang-ulang menyebut perkataan "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar” sahaja tanpa melakukan sesuatu perkara mengikut seperti mana yang dikehendaki oleh Allah.
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).